Posted by: armd2008 | September 21, 2008

10 Fakta Kesihatan Yang Harus Diketahui Oleh Lelaki

PENYAKIT JANTUNG;

Penyakit jantung adalah penyebab utama kematian pada golongan lelaki. Satu dari lima lelaki diserang jantung sebelum usia 65 tahun. Antara usia 25 dan 75 tahun, angka kematian lelaki akibat penyakit jantung adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi daripada wanita di dalam kelompok usia yang sama. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kes penyakit jantung berhubungan dengan diet dan stres. Namun demikian, lebih kecil kemungkinan bagi lelaki untuk memperhatikan masalah diet dan tingkat stres dalam kehidupan mereka dibandingkan dengan wanita.

 

KANSER:

Kanser spesifik pada golongan lelaki adalah seperti kanser testis dan kanser Prostate manakala kanser spesifik non-gender lain ialah seperti kanser paru-paru dan kolon. Bagaimanapun kanser yang dulunya spesifik pada wanita juga semakin banyak menyerang kaum lelaki iaitu kanser payudara. Pada usia 75 tahun golongan lelaki memiliki kemungkinan dua kali lebih besar menemui maut hanya disebabkan penyakit kanser.

 

KANSER PROSTATE:

Besarnya kemungkinan seorang lelaki untuk diserang kanser Prostate adalah 1 berbanding 11. penyakit ini memiliki angka harapan untuk hidup di atas 80 peratus apabila dapat dikesan dan di terapi dari peringkat. Setiap lelaki di atas usia 40 tahun harus menjalani pemeriksaan Prostate Spesifik Antigen (PA) sekurang-kurangnya 3 tahu sekali, sedangkan pada usia di atas 50 tahun pemeriksaan harus dilakukan setahun sekali.

 

KANSER TESTIS:

Kanser testis ini adalah salah satu kanser yang umum dikesan pada kaum lelaki yang berusia antara 15 hingga 34 tahun. Apabila dapat dikesan di peringkat awal, angka harapan yang hidupnya dapat dicapai sehingga 87 peratus. Setiap lelaki yang berusia mulai 15 tahun harus melakukan pemeriksaan testis diri sendiri /Testicular Self-Examination (TSE) setiap bulan untuk mengetahui ada tidaknya benjolan pada testis mereka.

 

KANSER KOLON:

Penyakit ini menyerang sesiapa sahaja, namun risikonya meningkat dengan adanya predisposisi genetik, diet tinggi lemak dan rendah serat dan usia di atas 50 tahun. Apabila kanser kolon dikesan pada peringkat awal, harapan hidup seseorang lelaki dapat mencapai angka sehingga 95%. Antara rawatan ialah untuk melakukan penapisan kanser kolon seperti ujian darah tersembunyi pada Feses Faecal Occult Blood Test, yang merupakan pemerikasaan mikroskopis untuk melihat ada tidaknya darah pada najis. Kadangkala pemeriksaan kolonoskopi(sebuah prosedur untuk melihat keadaan usus besar) mungkin diperlukan untuk mengesahkan pemeriksaan yang dilakukan.

 

BUNUH DIRI:

Sekitar 4 dari5 kematian korban bunuh diri adalah daripada golongan lelaki.

KEMALANGAN:

Sekitar 9 dari setiap 10 kecelakaan di tempat kerja terjadi kepada kaum lelaki kerana penyandang 10 profesion yang paling berbahaya hampir seluruhnya adalah dikuasai oleh kaum lelaki.

 

KEKERASAN:

Secara semula jadi lelaki memang lebih agresif jika dibandingkan dengan kaum wanita yang mungkin antara lain disebabkan oleh hormon lelaki, testosteron. Lelaki memiliki kemungkinan 20 kali lebih besar untuk dimasukkan ke penjara atau rumah sakit jiwa dibandingkan dengan wanita.

 

KETAGIHAN:

Lelaki juga merupakan korban terbesar akibat ketagihan yang merosak kesihatan. Diperkirakan bahawa lebih dari dua pertiga peminum minuman alkohol adalah terdiri daripada golongan lelaki, juga lebih dari 80peratus mereka yang menderita ketagihan ubat batuk juga adalah lelaki. Stereotaip ‘macho’ yang sudah membudaya mungkin mendorong kaum lelaki yang bermasalahlah untuk mengambil jalan singkat melampiaskan letupan-letupan emosinya seperti minum alkohol atau menggunakan ubat-ubat terlarang.

 

PERAWATAN HOSPITAL:

Walaupun jumlah kunjungan lelaki ke hospital/klinik adalah 25% lebih rendah dari wanita, ternyata dua pertiga pesakit yang ditangani di bahagian wad kecemasan adalah terdiri daripada kaum lelaki. Lelaki juga lebih lama dirawat di hospital kerana keadaan mereka yang lebih parah.

 

IMPOTENSI:

Ketidakmampuan untuk ereksi adalah masalah yang amat ditakuti dan amat memalukan kaum lelaki. Penyebabnya mungkin sahaja bersifat psikologi. Penyebab lain terjadinya impotensi adalah ubat-ubatan penurun tekanan darah, merokok, alkohol dan diabetes.

 

PENYAKIT SEKSUAL MENULAR:

Penyakit seksual menular juga merupakan masalah yang besar kepada kaum lelaki. penyakit ini terutama penghidap AIDS. Merupakan masalah yang mengerikan pada golongan lelaki usia muda. Lelaki yang aktif kehidupan seksualnya harus mempraktikkan hubungan seksual yang aman dan menahan diri untuk tidak melakukan hubungan seksual dengan ramai pasangan.

 

STRES:

Kematian orang yang dicintai, masalah dalam perkahwinan, gangguan kesihatan, masalah kewangan, masalah pekerjaan, beban pekerjaan yang berat adalah sebahagian masalah penyebab stres yang daftarnya masih dapat terus bertambah! Stres adalah sebahagian  dari kehidupan lelaki sebagai ketua rumah tangga. Belajar menghadapi stres dan berhasil mengatasinya membuatkan lelaki dapat menjalani kehidupan yang penuh kepuasan.

 

Nota: Penyumbang artikel ini amat ingin diketahui.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: