Posted by: armd2008 | September 21, 2008

KEISTIMEWAAN MALAM LAILATUL QADAR

Bulan Ramadhan satu-satunya bantuan teristimewa yang ditentukan untuk beribadat. Ianya bulan yang tidak sama dengan bulan-bulan lain. Satu alasannya ialah Al-Quran yang suci telah diturunkan dalam bulan ini. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah: Bulan Ramadhan diturunkan padanya Al-Quran: penyuluh untuk manusia, keterangan yang jelas daripada petunjuk dan teristimewa (2:185).

Antara malam-malam Ramadhan ada satu malam yang lebih baik daripada seribu malam (Q, 97:3). Amalan baik yang disemai pada satu malam ini samalah dengan mereka yang menyemainya selama seribu bulan. Ianya malam yang mempunyai kelebihan (Lailatul Qadar), bilamana Al-Quran diturunkan. Sesetengah pengulas percaya ia adalah malam apabila Al-Quran diiringi turun dari Baitul Makmur untuk Jibril a.s supaya ia diwahyukan secara berperingkat-peringkat kepada Nabi Muhammad SAW. Sesetengah yang lain pula percaya ianya malam Nabi Muhammad (SAW) menerima seluruh Al-Quran, namun disiarkannya menurut keperluan peristiwa. Tetapi yang masyur dan lebih kuat malam Lailatul Qadar adalah malam yang mana seluruh hakikat Al-Quran diturunkan. Penurunana Al-Quran ke atas diri suci Nabi Muhammad SAW ada dua bentuk, (i) diturunkan secara perlahan-lahan dan mengikut keperluan peristiwa yang terjadi selama 23 tahun, dan (ii) hakikat Al-Quran secara keseluruhannya diturunkan pada diri Rasulullah SAW. Dan inilah yang terjadi pada malam Lailatul Qadar.

Lailatul Qadar merupakan sambutan untuk mengenang tibanya petunjuk terakhir manusia.  Maka malam ini adalah penghormatan terhadap permulaan risalah wahyu untuk  manusia daripada Pencipta mereka  yang menunjukkan  jalan kegembiraan di dua dunia. Seperti mana anak kecil disambut pada hari lahirnya  hinggalah kemudiannya setiap tahun, kerana dia dipenuhi keceriraan keluarga. Lailatul Qadar disambut  sebagai pembawa cahaya dan petunjuk untuk manusia. Tidak sama seperti sambutan yang ada padanya disedia jamuan untuk dikecapi. Sambutan malam Lailatul Qadar pula disertai dengan santapan rohani dan diiringi dengan doa dan ibadat-ibadat.

Sesetengah ahli hadis menunjukkan bahawa nasib Mukmin ditetapkan pada malam ini. Kerana sebab itulah malam ini doa-doa yang dipinta adalah berbentuk kebahagiaan, kebaikan dan menolak bala yang mungkin terjadi kerana diriwayatkan pada malam ini ketetapan baik mahu pun buruk bagi setiap manusia selama setahun bermula sejak malam Lailatul Qadar tahun itu  sehinggalah malam Lailatul Qadar tahun berikutnya. Mukminin sentiasa menggalak diri mereka untuk berjaga sepanjang malam berdoa untuk memohon belas kasihan dan keampunan. Ia adalah malam termulia daripada hari-hari dalam setahun, dan ia akan  merugikan serugi-ruginya buat seseiapa yang tidak mengambil peduli tentang agungnya  kelebihan malam ini.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: